Tuesday, 26 January 2016

Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik MaT


Tuan Guru,
Pemikirannya luar biasa,
Meneliti bukan sekadar menuruti,

Menghalusi bukan sekadar meneladani,
Meneliti masalah, menuruti syariah,
Menghalusi mehnah, meneladani sunah.

Tuan Guru,
Peribadinya santun lagi mulia,
Meraikan setiap keturunan Adam,
Dijaganya lelaki mahupun wanita,
Tidak kira Islam mahupun bukan,
Pada wajah semua, terukir senyuman.

Tuan Guru,
Kepimpinannya terpandu dan istimewa,
Terselit tegas dalam kelembutan,
Cukup kaya dengan kesederhanaan,
Beroleh taulan kerana kesantunan,
Agungnya Tuhan menjadi pengakhiran.
Melihat wajah Tuan Guru...,
Terasa nyaman dalam jiwa,
Terhening sejuk pandangan mata,
Beliau permata antara semua,
Sinarnya berkilauan nan luar biasa.

Mudahnya Hafal Al-Quran Menggunakan Kaedah Jibril (Edisi Kemas Kini)


Kaedah jibril adalah buku yang mendedahkan teknik hafazan Al-Quran untuk golongan awam langkah demi langkah. Segala fakta, teknik dan tip yang diterangkan dalam buku ini adalah berdasarkan pengalaman penulis menghafaz al-Quran selama lebih 15 tahun.
Ia juga adalah rangkuman interaksi penulis mengajar golongan awam menghafaz Al-Quran melalui pelbagai bengkel dan seminar yang dianjurkan. Kaedah dan panduan yang disusun secara santai dan ringkas memudahkan para pembaca memahami setiap langkah menghafal setiap ayat Al-Quran secara praktikal. 
Membaca buku ini akan mendorong dan memberi semangat baru kepada mereka yang bercita-cita menjadi hafiz, walau apa jua latar belakang dan usia mereka!

======================
Harga Asal adalah RM16.00
di ‪#‎easybookstore‬ kami menjual pada harga RM13.00
(JIMAT RM3.00)
(JIMAT RM3.00)
(JIMAT RM3.00)
wassup 013-2403105
wassup 013-2403105
wassup 013-2403105


Sunday, 24 January 2016

Cinta Please #Throwback



Kisah ini hanya kisah biasa-biasa, hanya cetusan rasa dan pengalaman diri ini. 

Namun, kisah ini kisah kita bersama.

Aku dan kamu juga pernah melalui kisah ini, kerana itu kalian tidak pernah sendiri.

Inilah cerita....

#persahabatan #cinta #kasihsayang #dakwah

==================

Harga Asal adalah RM23.00
di ‪#‎caribukudiskaun kami menjual pada harga hanya RM21.00 sahaja
(Jimat RM2.00)

wassup 013-2403105

wassup 013-2403105

wassup 013-2403105

Kraf Bunga daripada Beg Plastik


Pernahkah anda terfikir apa yang mahu dibuat dengan beg plastik selepas balik daripada membeli belah? 

Pernahkah anda terfikir mahu menghias rumah dengan kos yang murah?

Buku ini ada jawapannya. Hanya pelajari langkah demi langkah mudah, anda mampu memiliki sejambak ataupun lebih bunga daripada beg plastik.




1. Pengenalan - 4

2. Peralatan Dan Bahan - 5

3. Jenis-Jenis Bunga - 10

4. Langkah-Langkah Dan Teknik Menghasilkan Bunga:

Teknik Membuat Bunga Ros (1)  - 34
Teknik Membuat Bunga Ros (2)  - 38
Teknik Membuat Bunga Ros (3)  - 42
Teknik Membuat Bunga Tiga Bulan (Hydrangea) - 46
Teknik Membuat Bunga Bonsai - 50
Teknik Membuat Bunga Butang - 54
Teknik Membuat Bunga Lalang  - 58
Teknik Membuat Bunga Tahi Ayam (Marigold) - 61
Teknik Membuat Bunga Matahari - 64
Teknik Membuat Bunga Carnation - 73

5. Tips Penjagaan Bunga - 77

6. Kelebihan Membuat Kraf Bunga - 78

7. Penutup - 80

===================================
Harga Asal adalah RM13.00
di ‪#‎caribukudiskaun kami menjual pada harga hanya RM10.00 sahaja
(Jimat RM3.00)

wassup 013-2403105

wassup 013-2403105

wassup 013-2403105

31 Kisah Sahabat: 10 Sahabat Yang Dijanjikan Syurga



Buku ini menghimpunkan 31 kisah benar daripada al-Quran dan hadis. Ia bertemakan kisah 10 sahabat Nabi Muhammad yang dijanjikan syurga oleh Allah.

Mereka dijanjikan syurga. Janji yang belum pernah dilihat oleh mata, didengar oleh telinga, terlintas dalam hati. Lebih berharga daripada segunung emas di dunia. Mereka tidak mungkin menukar ganti walau nyawa melayang pergi. Kini, mereka menuju ke sana dengan amalan yang dijanjikan. Bagaimana pula dengan kita?

“Nabi Muhammad, Abu Bakar dan bapamu sendiri ibarat tiga musafir yang menggunakan jalan yang sama. Yang pertama, sudah sampai ke tempat yang dituju. Musafir kedua juga sama. Musafir ketiga masih dalam perjalanan. Apabila saya tidak menempuhi laluan yang sama seperti mereka yang terdahulu, sudah tentu saya tidak sampai ke tempat mereka.” Umar bin Khattab)


ISI KANDUNGAN
Prakata
1 Sahabat Karib Insan Istimewa
2 Setia dalam Perjuangan
3 Khalifah Pertama Islam
4 Dirinya Digeruni Musuh
5 Ketua Negara Prihatin
6 Hidup Sederhana di Dunia
7 Umar Mati Syahid
8 Berkahwin dengan Dua Anak Nabi
9 Harta Dikorbankan Demi Islam
10 Disegani Para Malaikat
11 Sepupu & Menantu
12 Nyawa Dipertaruhkan
13 Digelar Harimau Allah
14 Anak Saudara Siti Khadijah
15 Benteng Babylon
16 Pembela Nabi
17 Diboikot Ahli Keluarga
18 Memerangi Ayah Sendiri
19 Individu yang Dipercayai
20 Peniaga Berjaya
21 21 Bekas Luka
22 Calon Khalifah
23 Didatangi Mimpi Aneh
24 Kesan Mimpi
25 Antara Iman & Kasih
26 Pemuda Tampan
27 Tabah Walau Disakiti
28 Berjuang Kerana Islam
29 Said Bin Zaid
30 Perekod Hadis
31 Menolak Tugas Penting
Rujukan

===============================================
Harga Asal adalah RM12.00
di ‪#‎caribukudiskaun kami menjual pada harga hanya RM10.00 sahaja
(Jimat RM2.00)

wassup 013-2403105

wassup 013-2403105

wassup 013-2403105

Friday, 22 January 2016

Pelanggan Setia



Percayakah anda, dalam 100 pelanggan yang datang ke premis kita, salah seorang pasti akan memberikan tanggapan negatif tentang khidmat kita. 
Usahawan pasti sukar menerima kritikan dan cadangan daripada pelanggan. 
Pelanggan Setia merungkai permasalahan anda sebagai usahawan dalam mengubah pelanggan biasa menjadi Pelanggan Setia dengan penjelasan berikut:
 - Mengenal pelanggan kita
 - Menilai tahap kepuasan pelanggan 
 - Membudayakan nilai terbaik dalam khidmat pelanggan 
 - Menjaga hubungan dengan pelanggan 
 - Kenal pasti punca kenapa pelanggan lari

==========================

Harga Asal adalah RM20.00
di ‪#‎caribukudiskaun kami memberi diskaun sebanyak 10% atau pada harga RM18.00
(Diskauan 10%)
(Diskauan 10%)
(Diskauan 10%)

wassup 013-2403105

wassup 013-2403105

wassup 013-2403105

Nada Dering Cinta


Sudah bosan hidup di kampung, Farhana nekad berhijrah ke bandar mengikut ajakan Waheda, teman rapatnya yang sentiasa nampak bergaya. Farhana mahu mengubah hidupnya. Dia mahu berjaya dan bergaya seperti Waheda – walau tidak jalan berlenggok, tetapi semua orang pandang!
Waheda pula sudah tidak boleh lari. Dia bukannya bersungguh mengajak Farhana, tetapi cuma ajak-ajak ayam. Habislah reputasinya nanti kalau Farhana tahu semua barang yang melekat di tubuhnya itu diperoleh dengan berhutang di sana sini.
Tiba di bandar, Farhana umpama rusa masuk kampung. Semuanya nampak indah di mata. Kenaifan Farhana menjadi modal kepada Idzuan bagi memperdayakan gadis mulus itu dengan menawarkan telefon idaman Farhana – telefon terbaru dengan spesifikasi yang tinggi!
Seorang lagi jejaka, iaitu Zulkarnain yang menjadi pemerhati setia begitu marah dengan sikap Farhana yang terlalu mempercayai Idzuan sehingga sanggup meminjamkan wang kepada lelaki itu. Teguran Waheda dan Zulkarnain mengundang rasa tidak senang sehingga mencetuskan pergaduhan antara mereka bertiga!

=================
Harga Asal adalah RM18.50
di ‪#‎caribukudiskaun kami menjual pada harga RM16.50
(Jimat RM2.00)

wassup 013-2403105

wassup 013-2403105

wassup 013-2403105

=====================





Thursday, 21 January 2016

Menjawab Islam Liberal : Pendedahan Agenda Jaringan Islam Liberal (JIL) & Sisters In Islam (SiS)


Kata Mereka:
"Agama itu semuanya sama sahaja."
"Kita bebas menukar agama. Mana ada murtad."
"Kahwin sahaja walaupun berlainan agama."
"Politik sekular itu pilihan kita."
"Wanita boleh jadi imam."
"Semua orang boleh beri pendapat agama."
"Ulama bukan segala-galanya."
"Poligami itu undang-undang yang tidak adil dan kuno."

Persoalan mengenai Islam liberal kini menjadi satu polemik yang tidak berkesudahan. Bolehkah orang Islam berkahwin dengan orang yang berlainan agama? Adakah wanita boleh menjadi imam kepada jemaah lelaki? Dan adakah umat Islam bebas untuk menukar agama?
Islam Liberal memberikan jawapan “ya” kepada semua persoalan di atas walaupun bertentangan dengan kesepakatan ulama. Pendapat mereka juga disokong oleh hujah logik akal tanpa sandaran hujah yang kukuh.
Buku “Menjawab Islam Liberal” ini akan menerangkan secara terperinci siapa sebenarnya golongan Islam liberal dan apakah agenda-agenda yang mereka perjuangkan. Buku ini juga akan menjawab pertikaian golongan Islam liberal dengan merujuk kepada al-Quran dan as-sunnah, serta pandangan para ilmuwan Islam.
Perjuangan Islam liberal di Malaysia dilihat berbeza dengan apa yang berlaku di negara jiran, Indonesia. Mereka secara terbuka mengisytiharkan gerakan mereka sebagai Jaringan Islam Liberal (JIL). Kebebasan berpendapat atau berijtihad adalah antara agenda utama yang diperjuangkan oleh JIL.
Mereka berhujah, Islam menghargai kebebasan berpendapat. Selain itu, golongan JIL turut menegaskan konsep ijtihad bukan hanya dihadkan kepada para ulama. Malah sesiapa sahaja boleh melakukan ijtihad kerana ia adalah perkara yang dihormati dan dihargai oleh Islam.
Walaupun gerakan Islam liberal di Malaysia tidak mempunyai kumpulan khas yang menggunakan nama Islam liberal, namun pemikiran yang bercirikan fahaman Islam liberal seperti perjuangan demokrasi, persamaan semua agama, dan persamaan hak antara wanita dan lelaki (feminism) sudah pun wujud.
===================
Harga Asal adalah RM20.00
di ‪#‎caribukudiskaun kami memberi diskaun sebanyak 10% atau pada harga RM18.00
(Diskauan 10%)
(Diskauan 10%)
(Diskauan 10%)

wassup 013-2403105

wassup 013-2403105

wassup 013-2403105

HAMAS dan Briged Al-Qassam



Ketahui:
  • Benakah Iraq di sebalik HAMAS?
  • Kenapa perlu boikot? Sampai bila perlu boikot?
  • Hubungan Malaysia dengan Israel?
  • ISIS sama dengan HAMAS?
  • Bolehkah setiap rakyat Palestin menjadi komando Briged Al-Qassam?
  • Berjayakah gencatan senjata?
  • Yahudi itu Zionis?
Dan banyak lagi maklumat berkaitan HAMAS, Briged Al-Qassam, dan Palestin dalam buku ini.
====================
Harga Asal adalah RM20.00
di ‪#‎caribukudiskaun kami memberi diskaun sebanyak 25% atau pada harga RM15.00
(Diskauan 25%)
(Diskauan 25%)
(Diskauan 25%)

wassup 013-2403105

wassup 013-2403105

wassup 013-2403105

Ahli Sihir Ke Tali Gantung



Kes 1: Kes Juraimi Hussin yang mana Mona Fandey memotong 18 badan Dato' Mazlan Idris.
Kes 2: Kes Tan Mui Choo yang mana Andrian Lim membunuh dua kanak-kanak.
Kes 3: Kes Francis A/L Anthanonasamy yang mana tertuduh membunuh mangsa bagi memenangi loteri.
Itu hanya tiga kes daripada banyak kes yang dilaporkan dalam buku ini.
Begitu banyak kes, namun belum ada yang terbukti. Mereka ditangkap dan dihukum, namun bukan kerana sihir. Mereka dihukum kerana apa yang yang nampak, bukan kerana niat yang tersembunyi. Ahli-ahli sihir ini dihukum kerana topeng pembunuh yang mereka pakai. Maka terlepaslah ahli-ahli yang lainnya, ketawa kegirangan.
Selama-lamanyakah ahli-ahli sihir ini bermaharajalela? Menunggu pembalasan alam sana sahajakah kita?
Buat pertama kali dalam sejarah Malaysia, semua ahli sihir wajar cemas. Tali gantung menunggu mereka. Ahli Sihir ke Tali Gantung bukan buku biasa. Ini adalah olahan tesis Ph.D dalam bidang undang-undang. Bukan sahaja padat dan lengkap, bahkan kini bahasa dan isinya dipermudahkan.
Ahli Sihir ke Tali Gantung menawarkan kita proses menangkap si penyihir hinggalah saat akhir dia tersungkur di tali pengadilan

==========================
Harga Asal adalah RM25.00
di ‪#‎caribukudiskaun kami memberi diskaun sebanyak 16% atau pada harga RM21.00
(Diskauan 16%)
(Diskauan 16%)
(Diskauan 16%)

wassup 013-2403105

wassup 013-2403105

wassup 013-2403105

Membesarkan Anak Hebat Dengan Susu Ibu


Kelahiran anak adalah antara nikmat yang terindah untuk pasangan suami isteri. Ibu bapa sanggup melakukan apa-apa sahaja untuk kebahagiaan anak-anak. Semuanya mempunyai impian untuk mendidik dan membesarkan anak-anak menjadi hebat dan berjaya. Namun, satu perkara yang selalu diabaikan adalah faktor susu ibu dalam membantu tumbesaran dan perkembangan anak menjadi insan yang hebat.
Setiap titisan susu ibu ibarat titisan emas yang tidak ternilai harga dan manfaatnya. Susu ibu adalah aset terbaik dan paling berkhasiat yang dimiliki oleh semua ibu. Semua ibu diciptakan dengan keupayaan memberi susu dan semua bayi dilahirkan untuk menyusu. Namun, realitinya amat mengejutkan. Statistik di Malaysia menunjukkan kurang 15% ibu berjaya menyusukan anak mereka secara eksklusif sehingga bayi berumur 6 bulan.
Payudara ibu lebih pandai daripada otak profesor dalam menyediakan formula cecair yang sempurna dan sangat berkhasiat untuk bayi. Buku "Membesarkan Anak Hebat dengan Susu Ibu" ini adalah manual lengkap penyusuan untuk membantu para ibu memberikan penyusuan eksklusif kepada bayi mereka.
Buku ini ditulis oleh doktor pakar, pensyarah perubatan, dan perunding penyusuan yang bertauliah. Dengan panduan yang berwarna dan langkah demi langkah, para ibu akan didedahkan dengan fakta penyusuan yang sangat menakjubkan. Dilema para ibu akan diselesaikan dengan perkongsian pengalaman ibu-ibu dan nasihat pakar perubatan.
Dapatkan buku ini untuk panduan dan manual lengkap penyusuan susu ibu. Semoga anak-anak dapat membesar dan menjadi insan yang hebat dengan bantuan susu ibu. Tiada istilah kegagalan dalam penyusuan, yang ada hanyalah pengalaman dan pengajaran.


========================


Harga Asal adalah RM60.00
di ‪#‎caribukudiskaun kami memberi diskaun sebanyak 20% atau pada harga RM45.00
(Diskauan 20%)
(Diskauan 20%)
(Diskauan 20%)

wassup 013-2403105

wassup 013-2403105

wassup 013-2403105

Wednesday, 20 January 2016

Dato' Dr. Haron Din Menjawab Persoalan Fikah Harian


Buku ini menjelaskan persoalan fikah dalam kehidupan seharian secara praktikal. Pendekatan ataupun (penulisan dalam bentuk) soal jawab memudahkan pembaca memahami setiap aspek fikah dalam kehidupan seharian. Hasil tangan tiga tokoh ulama terkenal ini pasti tidak akan menghampakan.
Hari ini, umat Islam Malaysia diasak dari segenap penjuru dengan pelbagai bentuk pemikiran, gagasan dan cara fikir moden yang mencabar kehormatan dan kemurnian akidah Islam. Islam liberal dari Indonesia, fahaman 'wahhabi' dari Thailand, cara fikir Syiah dari Iran dan ombak feminisme-pluralisme agama dari Malaysia sendiri adalah realiti pahit yang terpaksa ditelan jua. Semuanya secara tidak langsung menggugat akidah umat Islam. Kesannya, wujud pelbagai versi praktis Islam di Malaysia. Mangsa utama yang paling awal terkena bahang ini adalah generasi muda yang dangkal ilmu agama.
Ramai orang selalu keliru berkenaan hukum hakam Islam terutamanya dalam persoalan harian meliputi solat, zakat, puasa, haji dan pergaulan. Justeru, kemunculan buku Dato' Dr. Haron Din Menjawab Persoalan Fikah Harian ini adalah bagi menjernihkan segala kekeliruan umat Islam terutamanya semasa mempraktikkan Islam dalam kehidupan seharian.
Antara kelebihan yang pasti anda dapati dalam buku ini adalah:
1. Jawapan lengkap kepada segala persoalan umum berkenaan praktikal Islam dalam kehidupan seharian terutamanya dalam aspek ibadah dan pergaulan. Jawapan kepada persoalan:
Adakah sama cara menyamak anggota tubuh yang tersentuh anjing ataupun khinzir dengan cara menyamak kulit binatang?
Benarkah kentut sekali batal wuduk dan kentut dua kali tidak batal?
Mengapakah kita dimatikan?
2. Penjelasan melalui konsep soal jawab yang ringkas, mudah dan padat. Sesuai dijadikan panduan setiap generasi sama ada tua ataupun muda.
3. Jawapan kepada beberapa persoalan yang tidak pernah terfikir oleh kita walhal ia penting. Apakah persoalan-persoalan itu, milikilah buku ini dan pastinya anda terkejut, mengapakah saya tidak terfikir?
Penulis buku ini iaitu tokoh agama tiga beradik, Ustaz Ishak Din, Prof. Dato' Dr. Haron Din dan Dato' Abu Hassan Din al-Hafiz adalah ulama yang pakar dalam bidang fikah. Ilmu, kefahaman dan pengalaman mereka ditumpahkan dalam buku ini secara mudah dan praktikal. Justeru, menjadi satu kerugian seandainya buku ini tidak dimiliki.
==========================
Format: Paperback
ISBN-13: 978-983-3604-22-7
ISBN-10: 983-3604-22-6
Jumlah Muka Surat : 320
Berat (kg) : 0.30
-----------------------------------------------------------------
Harga Asal adalah RM26.00
di ‪#‎caribukudiskaun kami menjual pada harga RM19.00
(JIMAT RM7.00)
(JIMAT RM7.00)
(JIMAT RM7.00)
wassup 013-2403105
wassup 013-2403105
wassup 013-2403105





Take 5!


Dengar sahaja tazkirah, pasti terasa membosankan. Tetapi tidak buku ini. Tazkirah 5 Minit (Bukan 5 Jam) insya Allah cukup ringkas, padat, dan warna-warni.
Tulisan bersama Ustaz Dr. Mohd Izhar Ariff dan Ustaz Mohd Hariri Mohamad Daud ini mengetengahkan poin dalam bentuk pendek-pendek.
Selain boleh dibaca pada waktu santai dan lapang, ada halamannya yang dapat di-snap dan kemudiannya dikongsi di media sosial.
Insya Allah mampu dapat banyak 'like'.
================
Format: Paperback
Saiz: 6" x 9"
ISBN-13: 978-967-411-705-4
Tarikh Terbit: 27 Nov 2015
Jumlah Muka Surat : 304
Berat (kg) : 0.40
====================
Harga Asal:RM25.00,
di ‪#‎caribukudiskaun kami memberi diskaun sebanyak 12%
dapatkan buku ini pada harga RM22.00..
wassup segera : 0132403105
wassup segera : 0132403105